Sinopsis
Di dalam novel pertama ini, akan diceritakan kisah mengenai sekumpulan pengganas yang merancang untuk mengambil alih Kota Armada, iaitu sebuah kota unik yang terletak di dalam negara Almeira, yang juga merupakan jiran kepada negara Malaysia dan Singapura.
Negara Almeira merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem ekonomi yang stabil dan kukuh. Hal ini sekaligus menyebabkan kota tersebut menjadi sasaran kumpulan pengganas yang terkenal dengan nama "The Triple Head".
The Triple Head merupakan salah satu kumpulan pengganas yang berpengaruh di negara Almeira. Hal ini sekaligus menyebabkan kumpulan tersebut kebal dengan undang-undang. Apatah lagi kumpulan tersebut diketuai oleh Mr. Fujio Kobayashi, bekas pegawai kanan kerajaan Kota Armada.
Satu pasukan Special Squad yang diketuai oleh Mejar Sulaiman Harris ditugaskan untuk memburu kumpulan tersebut setelah beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku di kota tersebut.
Setelah percubaan demi percubaan dilakukan oleh pasukan Special Squad gagal, akhirnya mereka meminta khidmat bantuan dari seorang penyiasat muda bernama Razlan Rashid.
Dapatkah Detektif Razlan membantu pasukan tersebut untuk menangani masalah yang berlaku di kota tersebut. Serta apakah pula motif sebenar kumpulan terbabit ?
Nantikan kehadiran novel bersiri terbaru, Detektif Razlan: Misi Bermula yang bakal menemui pembaca pada tanggal 12 Febuari 2018.
No comments:
Post a Comment